Saturday, June 14, 2014

Tak Berpenghujung,Tiada Noktah

Wahai orang yang ku cintai di atas dunia ini,
Dalam jiwaku ini ada suatu kekayaan besar yang belum pernah kuberikan kepada orang lain,kekayaan tiada toloknya,kekayaan yang tiada pangkalnya,kekayaan yang tidak berkesudahan,
kekayaan cinta,


Wahai orang yang ku cintai di atas dunia ini,
hadirmu anugerah Illahi,hadirmu kiriman Sang Pencipta
hadirmu memadam kedukaan,hadirmu memadam kekecewaan,
hadirmu membawa kebahagiaan,hadirmu membawa sinar yang tidak balam,

Wahai orang yang ku cintai di atas dunia ini,
Tak pernah namamu lepas daripada sebutan mulutku,
kalau dilihat pada alam,maka pada alam dalam itu engkaulah yang tergambar,
Apabila matahari terbenam,ku amati dengan penuh perasaan,di sana wajahmu kelihatan,

Bila memandang bunga yang mekar,kembali semangatku kerana keindahan bunga itu adalah ciptaan keindahanmu,

Wahai orang yang ku cintai di atas dunia ini,
ketahuilah oleh kamu,diriku ini sanggup memberikan kebahagiaan pada setiap saat hidupmu,yang tiada seorang pun lelaki agaknya yang mampu menandingi diri ini dalam kesetiaan memegangnya,sebab sudah lebih sama-sama kita digiling rasa sengsara dan kedukaan,dipupuk oleh air mata kedukaan.


Wahai orang yang ku cintai di atas dunia ini,
dan hanya namamu yang tetap jadi sebutanku,engkaulah yang akan terpatri dalam doaku..bila aku menghadap Tuhan di akhirat,Qadhi Rabbun Jalil,
sambutlah cinta suci ini,sama kita melakar kehidupan dunia akhirat,yang akhirat sana ku rindukan,engkaulah jambatan,


Ya Rabbi ya Tuhanku,apakah sampai sampai agaknya seruan hati kecilku ini kepada orang yang ku tuju,orang yang tak hilang selamanya daripada hatiku,
Ku biarkan puisi ini tak bernoktah,agar tiada beda cinta aku padamu yang tak berpenghujung

Buat kamu yang berseri-seri


Kekasihmu,
H

Tuesday, April 15, 2014

Andai Buya Masih Ada

B U Y A H A M K A

Tubuh ini bukanlah yang pandai dan alim ulama dalam hal agama,namun tubuh ini meminati ilmu agama

Tubuh ini cuba untuk menjadi seperti mereka.

Buya Hamka,Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) ulama dan pendawah seantero tanah melayu yang menjadi fenomena pada usianya.

Pada pandangan dan kajian sepintas lalu diriku yang kerdil ini,kaedah perbandingan Buya Hamka dengan menggunakan alam-alam dan haiwan lebih mendekati dan menusuk ke dalam kalbu setiap pendengar.

Bayangkan saja,pada awal tahun 1930-1980,kebanyakkan ulama berhujah dan berdakwah menggunakan dalil dan firman Allah yang mungkin tidak mudah difahami oleh golongan marhaen pada masa itu,lalu mengakibatkan mereka semakin jauh pada agama.

Namun cendekiawan,sasterawan dan ilmuwan bijak pandai yang bernama Hamka ini,bangun mengadunkan sastera dan syair yang diminati masyarakat Melayu pada masa itu dan menjadikannya sebagai satu senjata utama dalam berdakwah.

Kata-katanya dalam berdakwah,disusun baik dan meresap ke dalam jiwa setiap pendengar.


"Kalau hidup sekedar hidup,babi di hutan juga hidup,

Kalau bekerja sekedar bekerja,kera juga bekerja"

"Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan,
namun cita cita manusia tidak pernah padam"

"Kalau kita tidak mengenal hakikat dari kehidupan itu,
apalah obah kita dengan binatang"

Ini adalah antara ribuan kata-kata hikmatnya yang masih hidup,biar pun jasadnya sudah lama pergi,namun segarnya perjuanganmu Buya buatkan diriku ini merasa dekat dan cintanya pada wajah yang belum pernah aku temukan ini.

hari ini,suara kamu di corong youtube dan gaya pembawaan simile ustaz Asri Zainul Abdin menjadi pengubat rindu kepada kamu Buya Hamka.Semoga Tenang di sana Ulama,

Al-fatihah.

"Jangan ditangisi barang yang hilang,syukurilah apa yang ada,
kelak jika yang masih ada itu hilang,ditangisi pula"



Tuesday, April 1, 2014

529 Hero

Relaku bersama mereka ,
di dalam sangkar umpama harimau yang menunggu mangsa,

Relaku dihina dikeji bersama mereka,
kerana ku tahu natijah ku indah di sana,

Relaku berlumuran darah di dunia,
Kelak akan berwangi wangi di sana.

Selamat Jalan Para Syuhada,

Fisabillilah tertinngi,mati mempertahankan agama Allah.

Jadikan aku pemuda yang rindukan syurgaMu Ya Allah.

Thursday, March 27, 2014

Mrs A

Mrs A

Buat awak ,
Kelebihan yang awak kata tu,bukan lah satu kebangaan pon bgi saya,
I want evrybody to be better than me

dan,terima kasih tak terhingga dari sokongan awak yang mencurah-curah,kata-kata awak yang banyak menaikkan semangat ketika rasa mcm kesepian.

Ketika rasa mcm berat sgt,awak dtg untuk gelakkan kita,untuk hiburkan hati kita.Untuk lupakan masalah orang,awak kurniaan Allah yang hebat. :)

Jangan risau,jarak hanya wujud pada angka dan kilometer.kalau sandarkan pada Allah,tak jadi masalah kan?

Awak lawak sgt,dalam serius-serius,tetiba awak akan sebut sesuatu yang lawak.Senyum awak sudah ckup untuk gembirakan saya.senyum awak kalau boleh kita nak scan n simpan kat mana-mana.

Tapi,apa yang menarik adalah lemah lembut tutur kata,baik budi bahasa tu,susah nak jumpa orang mcm awak sekarang.Semua orang senang dan selesa berkawan dengan awak.hebat peribadimu.

Macam saya cakap,yakin saya akan jumpa awak lagi Mrs A.
Orang akan sentiasa doakan awak,kejayaan,kebahagiaan awak,sentiasa istiqamah dalam perjuangan,
Moga kita mati sebagai golongan yang beriman,yang sentiasa  merindukan Allah,amin.

karang awak dalam doa.

Manis Dodol Melaka,
Manis Lagi Senyuman Dia.
 :)